Untitled Document dictionary1
Pengguna Berdaftar

ID Pengguna :
Katalaluan :
Tukar Katalaluan
Lupa Katalaluan
 
 Laman Utama
Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2002
 Penerangan Ringkas
 Capaian Data
 Maklum Balas / Komen
   Bantuan
Data Dictionary Sektor Awam
  
 
FAQ | Manual Pengguna | Carian Dokumen
 
1. Apakah Itu Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)?
2. Apakah Jenis Standard DDSA?
3. Kenapa perlunya DDSA?
4. Apakah kepentingan DDSA?
5. Apakah Kategori Data?
6. Apa itu sistem DDSA?
7. Apakah bezanya struktur data dan struktur kod yang terdapat dalam DDSA?
8. Siapakah pengguna bagi sistem DDSA?
9. Bagaimanakah jika pengguna lupa dengan kata laluan?
10. Apakah faedah-faedah menggunakan DDSA?




Apakah Itu Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)?

Data Dictionary didefinisikan sebagai keterangan tentang data. Ianya digunakan untuk merujuk kepada kandungan data berkenaan. DDSA menetapkan keterangan data yang standard untuk diguna pakai oleh agensi-agensi sektor awam. Standard yang ditetapkan di bawah DDSA adalah minima iaitu nama elemen data, alias (nama lain elemen data), keterangan ringkas data, saiz elemen data, jenis medan dan rasional bagi elemen data tersebut. Agensi-agensi bolehlah memasukkan elemen-elemen lain mengikut keperluan aplikasi masing-masing.

[atas]

Apakah Jenis Standard DDSA?

Terdapat dua jenis standard bagi DDSA iaitu “definisi data” dan “pematuhan format data”.

a. Definisi data merujuk kepada cara standard untuk menerangkan sesuatu data itu.

Contoh:
Bagi elemen data “nama”, standard yang ditetapkan ialah “nama seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan” atau “nama seperti di dalam pasport bagi warganegara asing” atau “nama seperti di dalam sijil lahir bagi mereka yang berumur kurang dari 12 tahun”.

b. Pematuhan format data pula adalah berkaitan dengan kandungan sesuatu data tersebut. Ini bermakna sesuatu elemen data selain mempunyai nama yang sama juga mesti mematuhi format yang sama iaitu dari segi saiz medan dan jenis medan.

Contoh:
Bagi elemen data “kod negeri”, saiz medan yang ditetapkan ialah 2 digit dan jenis medan ialah numerik.

[atas]

Kenapa perlunya DDSA?

Untuk menyeragamkan “definisi data” dan “format data” dan diguna pakai oleh semua agensi Sektor Awam.

[atas]

Apakah kepentingan DDSA?

Penggunaan “ definisi data” dan “format data” yang seragam boleh membantu:

  • Memudahkan perkongsian data/maklumat dikalangan agensi-agensi Sektor Awam
  • Memudahkan pengintegrasian antara aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh agensi-agensi Sektor Awam
[atas]

Apakah Kategori Data?

Dalam pembangunan DDSA, data telah dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu Data Generik dan Data Aplikasi Spesifik.

a. Data Generik merupakan data asas yang boleh digunakan bagi aplikasi-aplikasi yang berlainan. Data tersebut terdiri daripada:

* Biodata Peribadi:

Contoh: Nama, Nombor Kad Pengenalan, Umur dan Alamat.

* Data Organisasi Kerajaan:

Contoh: Kementerian, Jabatan, Negeri, Daerah, Bandar, Kawasan Parlimen dan Kawasan Dewan Undangan Negeri.

b. Data Aplikasi Spesifik pula merupakan data yang berkaitan secara khusus bagi sesuatu aplikasi. Data aplikasi spesifik yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

* Data Pengurusan Personel:

- Data Biodata:

Biodata, Keluarga, Sejarah Perubatan, Ketidakupayaan, Anugerah, Pencapaian Pendidikan, Pekerjaan Terdahulu, Akaun, Bahasa dan Lain-lain.

- Data Profil Perkhidmatan:

Profil Perkhidmatan dan Sandangan.

- Data Perjawatan:

Tugas, Skop Bidang Kuasa, Key Performance Indicators, Key Result Areas, Kompetensi Yang Diperlukan, Kriteria, Sumber Logistik, Unit Bisnes, Aktiviti Bisnes, Skim Perkhidmatan, Gred Gaji dan Lain-lain.

* Data Pengurusan Projek:

Data Maklumat Am, Maklumat Projek, Maklumat Subprojek, Maklumat Kontrak, Maklumat Kontraktor dan Maklumat Konsultan.

* Data Tanah dan GIS (Geographic Information System):

Persempadanan, Built Environment, Relief, Pengangkutan, Hidrografi, Tumbuh-Tumbuhan, Utiliti, Geosoil dan Kajicuaca.

* Data Kewangan:

Kod Elaun dan Potongan Gaji, Kod Bank dan Lain-lain.

* Data Perdagangan:

- Data Barangan:

Jenama, Model, Nombor Siri, Harga Seunit, Nilai FOB dan Lain-lain.

- Data Dokumen:

Nombor Invois, Tarikh Invois, Nombor Permit/Lesen dan Lain-lain.

- Data Organisasi:

Jenis Organisasi, Nama Penghantar, Alamat Penghantar, Nama Penerima, Alamat Penerima, Nama Pengimport, Alamat Pengimport, Nama Pengeksport, Alamat Pengeksport, Nama Agen, Alamat Agen, Kod Agen dan Lain-lain.

* Data Perolehan dan Pengurusan Aset:

Nama Aset, Kod Aset, Tarikh Perolehan Aset dan Lain-lain.

[atas]

Apa itu sistem DDSA?

Sistem yang menyimpan struktur data dan struktur kod bagi setiap kumpulan kerja DDSA supaya senang dirujuk oleh pengguna-pengguna dari Agensi Kerajaan atau orang awam.

[atas]

Apakah bezanya struktur data dan struktur kod yang terdapat dalam DDSA?

Struktur data adalah cara penyimpanan, pengorganisasian dan pengaturan data di dalam media penyimpanan komputer sehingga data tersebut dapat digunakan secara efisien. Elemen-elemen yang terdapat dalam DDSA disusun mengikut nama medan, alias, keterangan, saiz medan, jenis medan, nilai default, mandatori dan rasional.

Struktur kod adalah menunjukkan kod-kod yang digunakan dalam elemen-elemen struktur data serta keterangan atau makna/nilai mengenai kod tersebut.

[atas]

Siapakah pengguna bagi sistem DDSA?

Pengguna-pengguna sistem DDSA adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang mewakili Agensi Kerajaan atau orang awam yang mewakili organisasi atau secara individu.

Pengguna-pengguna pegawai kerajaan akan mendapat pengenalan atau ID pengguna dengan nama singkatan agensi kerajaan yang diwakilinya, seperti MAMPU atau JPA serta kata laluan masing-masing. Tempoh masa penggunaan ini adalah kekal untuk selama-lamanya.

Pengguna-pengguna yang terdiri daripada orang awam boleh mewakili sesebuah organisasi atau sebagai pengguna individu. Pengguna-pengguna ini akan mendapat pengenalan atau ID pengguna dengan e-mel yg akan menjadi login id seperti azad@yahoo.com. Tempoh penggunaan sistem ini adalah untuk 3 bulan sahaja, sekiranya pengguna masih memerlukan lagi, tempoh penggunaan ini boleh dilanjutkan lagi dengan cara memohon kepada pentadbir sistem.

[atas]

Bagaimanakah jika pengguna lupa dengan kata laluan?

Pengguna boleh menghantar e-mel kepada pentadbir sistem ini untuk menyusun semula (reset) kata laluannya.

[atas]

Apakah faedah-faedah menggunakan DDSA?

Secara keseluruhannya pelaksanaan penggunaan DDSA ini akan memberi faedah-faedah berikut:

a. Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam dan di antara agensi;

b. Memudahkan pertukaran data antara agensi-agensi kerajaan;

c. Membantu agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan sistem aplikasi;

d. Membenarkan pengguna-pengguna untuk berkomunikasi antara satu dengan lain menggunakan definisi dan format data yang sama;

e. Menyediakan asas untuk melaksanakan dokumentasi yang standard di agensi-agensi kerajaan; dan

f. Memudahkan perhubungan antara sektor awam dan sektor swasta melalui penggunaan definisi data yang standard.

Dengan wujudnya DDSA ini, Sektor Awam Malaysia akan mempunyai satu standard yang boleh diguna pakai oleh semua agensi yang juga akan memudahkan usaha-usaha “systemintegration dan interoperability” antara agensi-agensi sektor awam.

[atas]