Untitled Document dictionary1
Pengguna Berdaftar
 
ID Pengguna :
Katalaluan :
 
 
 Asal
Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2002
 Penerangan Ringkas
 Capaian Data
 Maklum Balas
Data Dictionary Sektor Awam
  
 
Penerangan Ringkas
 
LATAR BELAKANG

Dengan kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi disertai dengan keperluan untuk mengintegrasikan sistem-sistem maklumat bagi agensi-agensi kerajaan yang berlainan, keperluan untuk mewujudkan data dictionary standard bagi Sektor Awam adalah amat ketara. Suatu data dictionary standard akan membolehkan pengguna-pengguna aplikasi untuk berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan butir-butir dan definisi-definisi yang sama. Salah satu masalah yang dikenalpasti di dalam pelaksanaan sistem maklumat bersepadu di dalam Sektor Awam di Malaysia ialah ketiadaan suatu definisi data yang standard ataupun lebih tepat lagi data dictionary standard. Dengan pelaksanaan sistem maklumat yang bersepadu melalui Kerajaan Elektronik, keperluan bagi perwujudan suatu data dictionary standard menjadi semakin kritikal.

Pembangunan data dictionary standard bagi Sektor Awam memerlukan penglibatan dan kerjasama erat antara agensi-agensi Kerajaan. Tambahan pula kebanyakan agensi-agensi ini telahpun memulakan program pengkomputeran masing-masing tanpa berlandaskan satu platform yang standard. Sistem-sistem yang sedang dilaksanakan telah dibangunkan mengikut kesesuaian agensi masing-masing tanpa mengambilkira keperluan untuk berkongsi atau berintegrasi dengan sistem-sistem di agensi lain. Salah satu keperluan yang telah dikenalpasti dalam melaksanakan projek Kerajaan Elektronik ialah mewujudkan data dictionary standard yang membolehkan aplikasi-aplikasi yang dibangunkan dihubung antara satu sama lain dengan mudah.


FAEDAH-FAEDAH

 

  1. Memudahkan pertukaran data antara agensi-agensi kerajaan.
  2. Menyokong pengantaramuka bagi sistem-sistem aplikasi yang berlainan di agensi-agensi kerajaan.
  3. Membenarkan pengguna-pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan definisi dan elemen yang sama.
  4. Menyediakan asas untuk melaksanakan dokumentasi yang piawai.
 
 
APA ITU DATA DICTIONARY SEKTOR AWAM

Data Dictionary ditafsirkan sebagai data tentang data. Ianya mengandungi nama, keterangan, saiz dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan penggunaan setiap elemen data.

Data Dictionary Sektor Awam diwujudkan bagi menangani masalah ketiadaan suatu definisi data yang piawai bagi sektor awam. Masalah ini membantutkan keperluan untuk mengintegrasikan sistem-sistem maklumat antara agensi-agensi kerajaan. Dengan pelaksanaan sistem maklumat yang bersepadu melalui Kerajaan Elektronik, keperluan bagi mewujudkan suatu data dictionary piawai menjadi semakin kritikal.
 
 
PEMBENTUKAN DATA DICTIONARY SEKTOR AWAM
 
Kategori Data


Dalam pembentukan Data Dictionary Sektor Awam, dua (2) kategori data telah dikenalpasti iaitu Data Generik dan Data Aplikasi Spesifik.

Data Generik merupakan data yang biasa digunakan bagi aplikasi-aplikasi yang berlainan. Data tersebut terdiri daripada biodata peribadi (nama, nombor kad pengenalan, umur, alamat dan lain-lain), dan maklumat asas bagi organisasi kerajaan (kementerian, jabatan, negeri, daerah, kawasan parlimen, Dewan Undangan dan lain-lain).

Data Aplikasi Spesifik merupakan data yang berkaitan secara khusus bagi sesuatu aplikasi. Di antara data aplikasi spesifik adalah:

1. Data Generik
2. Data pengurusan Sumber Manusia
3. Data Pengurusan Projek
4. Maklumat Tanah Dan GIS
5. Data Perakaunan dan Kewangan
6. Perdagangan dan Industri
7. Perolehan dan Pengurusan Aset
8. Data Kesihatan
9. Data Pelajaran
10. Islamic

Untuk tujuan pelaksanaan, data ini dibahagi kepada aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi bukan Kerajaan Elektronik. Aplikasi Kerajaan Elektronik buat masa sekarang ialah Project Monitoring System (PMS), Human Resource Management Information System (HRMIS), Generic Office Environment (GOE), Electronic Procurement (EP) dan Electronic Services (E-Services).

 
 
Struktur Pelaksanaan

Memandangkan pembentukan data dictionary memerlukan usaha-usaha yang berterusan dari pelbagai agensi, ditambah pula dengan kemungkinan pertukaran struktur kod yang sedia ada, kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya dari agensi-agensi yang terlibat amat diperlukan. Penglibatan pengurusan atasan amatlah penting bagi memastikan keberhasilannya. Satu Jawatankuasa Data Dictionary Sektor Awam yang terdiri dari pengurusan kanan (Sektor IT) dari agensi-agensi yang berkaitan telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1999 bagi menyelaras dan memantau kemajuan setiap kumpulan kerja. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU. Di samping memastikan pembentukan Data Dictionary Sektor Awam, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya oleh agensi-agensi Kerajaan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK).